Habeas corpus mohon bawa Sultan Kelantan Tengku_Muhammad_Fakhry_Petra_ibni_Sultan_Ismail_Petra

Pada 7 Mei 2010, di Pejabat Pendaftar Mahkamah Khas, Putrajaya peguam tetuan J.S. Pillay & Mohd Haaziq memfailkan writ habeas corpus untuk membebaskan Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra. Putera ke-3, Tengku Muhammad Fakhry mahu membawa Sultan Kelantan dari hospital. Responden ialah Ketua Polis Kelantan, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah HUSM Kubang Kerian, Ketua Pengarah Kesihatan dan kerajaan Malaysia.Turut hadir ialah peguam kanan Datuk Param Cumaraswamy; Gobind Singh Deo; Datuk Mohd Haaziq Pillay. Kes ini pertama di dunia apabila writ habeas corpus difailkan bagi memohon pembebasan seorang pemerintah negeri.

Tengku Muhammad Fakhry tiga kali gagal membawa ayahandanya Sultan Ismail Petra ke Singapura bagi rawatan susulan. Malah, pesawat khas dilarang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pengkalan Chepa. Peguam gagal menemui Sultan Ismail kerana kawalan keselamatan yang ketat. Hanya lima orang dibenarkan mengunjungi Sultan Kelantan dan nama Tengku Muhammad Fakhry tiada dalam senarai.[8]

Berkaitan